10 Tabiat Yang
Menyebabkan Kerosakan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pagiApabila seseorang tidak mengambil sarapan
pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan
kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak
terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan
mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan
mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam
badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen
ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak
tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan
otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan
membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada
di dalam keadaan kurang sihat.Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk
melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita
kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan
kecerdasan otak kita.
0 Masukan:
Posting Komentar